Lawatan Kerja Stesen Radio Asyik FM Ke Atas Ketua Pengarah JAKOA

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Stesen Radio Asyik FM telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor di Pejabat Ketua Pengarah (JAKOA), pagi tadi.
 
Lawatan kerja Stesen Radio Asyik FM bertujuan untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil stesen tersebut bersama Jabatan untuk kebaikan masyarakat Orang Asli.
 
Pertemuan yang berlangsung lebih daripada satu jam itu turut memperlihatkan dedikasi serta kerjasama dua agensi yang mempunyai hasrat yang sama demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli.
 
Semoga sinergi yang dijalin akan berterusan dalam memberi manfaat kepada komuniti Orang Asli khususnya dan Keluarga Malaysia secara amnya.
 
Turut hadir di dalam pertemuan tersebut dari Asyik FM ialah En. Hardy Zakaria Bin Kassim (Ketua Bahagian Siaran), En. Azmal Isrul Bin Ismail (Ketua Bahagian Rancangan), En. Asmi Bin Mat (Penerbit Rancangan Dialek Temiar), Pn. Rozima Binti Simpan (Penerbit Rancangan Dialek Temuan) dan Pn. Kathy Bah Takoi (Penerbit Rancangan Dialek Semai).
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 05 / 2022 12:00 AM