Lawatan kerja Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA ke Jeti Pulau Indah dan Kampung Orang Asli Pulau Indah, Selangor

15.03.2021 – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, En Mohd Zamri bin Mustajap bersama Pengarah JAKOA Negeri Selangor, En. Zainul Adnan bin Zainal Abidin mengadakan lawatan kerja ke Jeti Pulau Indah dan Kampung Orang Asli Pulau Indah, Selangor.
 
Lawatan ini diadakan susulan daripada laporan mengenai pencemaran di Jeti Pulau Indah.
 
Hasil daripada lawatan ini, Batin Intan Pindik telah menyatakan satu gotong-royong akan dilaksanakan oleh penduduk kampung untuk membersihkan kawasan jeti berkenaan dan dibantu oleh Majlis Perbandaran Klang.
 
Turut hadir adalah En. Mohd Shahril Mat Jamin, Pengurus Pembangunan Tanah, Central Spectrum Sdn Bhd.
 

15.03.2021 – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, En Mohd Zamri bin Mustajap bersama Pengarah JAKOA Negeri…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Monday, March 15, 2021
Kemaskini Terakhir : 15 / 04 / 2021 12:00 AM