Lawatan kerja Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Y.B. Dato Henry Sum Agong ke Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek Daerah Sepang

Sungai Pelek Daerah Sepang, 6 Oktober 2020 – Lawatan kerja Timbalan Menteri II Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Y.B. Dato Henry Sum Agong ke Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sungai Pelek Daerah Sepang.
Kunjungan dan lawatan kerja Y.B. Timbalan Menteri II ke kampung tersebut adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung terutamanya dari sudut kemudahan infra. Beliau serta rombongan dari pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga berkesempatan melawat ke rumah rakit Masyarakat Orang Asli Bukit Bangkong di Bagan Lalang.
Turut serta dalam lawatan kerja Y.B. Timbalan Menteri ķe Kg tersebut, Pengarah JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan En. Zainul Adnan bin Zainal Abidin, Pegawai dari peringkat KPLB dan JAKOA Ibu Pejabat serta Daerah.

 

Kemaskini Terakhir : 6 / 11 / 2020 12:00 AM