Lawatan Ketua Pengarah JAKOA ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Melut

DENGKIL , 20 Disember 2021 – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah melakukan satu lawatan ke Pusat Perpindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Melut bagi melihat mangsa banjir yang terjejas.
 
Di dalam lawatan ini, Encik Mohamed Rasaki , Pkoad Sepang telah menerangkan tentang bencana yang berlaku dan menjelaskan tindak balas JAKOA Selangor dalam menghadapi krisis ini.
 
Dianggarkan seramai 150 buah keluarga dari 4 perkampungan Orang Asli yang berhampiran terjejas akibat daripada banjir yang melanda sejak dua hari lalu dan sebilangan besar dari mereka telah pulang ke rumah masing-masing bagi proses pembersihan rumah.
 
Turut hadir sama di dalam lawatan ini adalah Haji Zamri Bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) serta Encik Mohamad Anis Bin Othman, Pengarah JAKOA Selangor.
 
Kemaskini Terakhir : 20 / 12 / 2021 03:23 PM