Lawatan muhibah Ketua Pengarah JAKOA ke Pos Bihai

25 Februari 2022, GUA MUSANG – Ketua Pengarah JAKOA, YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah melakukan lawatan muhibah ke Pos Bihai untuk menyantuni penduduk kampung di sana.
 
Di dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan 305 pek bantuan bakul makanan sumbangan Majlis Agama Islam Kelantan.
 
Selain itu, Jabatan Perhilitan turut menyampaikan taklimat ringkas berkenaan operasi kawalan pemantauan harimau belang dan situasi semasa di kawasan tersebut.
 
Turut bersama di dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perhilitan, YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa dan Pengarah JAKOA Kelantan, Tuan Haji Shafie bin Abas.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 03 / 2022 12:00 AM