6 Oktober 2023 – Seksyen Pendidikan, Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan, JAKOA Malaysia dengan kerjasama KEMAS telah membuat lawatan pemantauan bagi Program Pendidikan Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA) di TABIKA Kg Bukit Asu, Gerik, Perak. Seramai 25 org peserta telah megikuti program ini.
Pelaksanaan Pendidikan Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA) adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap literasi di luar bandar dan pedalaman melalui 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira) ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.
Turut hadir serta dalam lawatan ini adalah En Norikman serta Encik Shamsudin dari Unit Pendidikan JAKOA.