Lawatan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan Ke Rumah Mangsa Tragedi Kebakaran di KOA Ulu Chuai

REMBAU, 10 Mei – Pengarah JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka, YBrs. Puan Shahrani Idderis telah mengadakan lawatan ke rumah mangsa tragedi kebakaran, Puan Azizah Gadot di Kampung Orang Asli Ulu Chuai.
 
Keluarga ini telah menghadapi musibah kebakaran rumah pada Selasa (3 Mei 2022) kira-kira jam 11.00 malam yang mana keseluruhan rumah mereka terbakar.
 
Di dalam lawatan kebajikan ini, Puan Pengarah turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga berkenaan. Semoga mangsa tabah menghadapi ujian ini.
 

Kemaskini Terakhir : 13 / 06 / 2022 11:50 PM