Lawatan Penyediaan Spesifikasi Jalan KOA Ngoi-Ngoi Seremban

SEREMBAN, 21 Februari 2022 – Bencana banjir yang melanda Daerah Seremban akhir tahun 2021 turut melibatkan Kampung Orang Asli Ngoi-Ngoi yang mana menyebabkan jalan masuk ke kampung mengalami kerosakan.
 
Bagi kerja baikpulih jalan yang rosak, satu lawatan penyediaan spesifikasi diadakan melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan, Pejabat KPLB Negeri Sembilan dan Melaka serta Juruteknik JAKOA Ibu Pejabat.
 
Turut sama dalam lawatan ini Pengarah Bahagian Pembangunan Sosioekonomi JAKOA Ibu Pejabat, Encik Muhamad Abu Bakar, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka, Puan Shahrani Idderis.
 
Kemaskini Terakhir : 22 / 03 / 2022 12:00 AM