Lawatan rasmi ke Muzium Perak, Taiping, Perak anjuran Unit Muzium Orang Asli Gombak

07 Januari 2021, Muzium Perak,Taiping, Perak – Satu lawatan rasmi ke Muzium Perak, Taiping, Perak yang dianjurkan oleh Unit Muzium Orang Asli Gombak di bawah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Ibu Pejabat JAKOA dengan kerjasama JAKOA Negeri Perak turut disertai oleh pegawai-pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada masa yang sama galeri pameran sementara Orang Asli & Identiti diadakan di muzium ini.
 
Lawatan rasmi yang bermula dari 1.00 petang hingga 5.00 petang ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara pihak JAKOA dengan Muzium Perak dari aspek teknik pameran, koleksi artifak, manuskrip lama bahan bacaan, sumber maklumat sejarah dan lain-lain yang berkaitan dengan Masyarakat Orang Asli.
 
Harapan daripada lawatan rasmi ke Muzium Perak ini dapat membantu pihak JAKOA , Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Muzium Perak untuk melaksanakan lebih banyak kerjasama strategik dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam sosiologi masyarakat Orang Asli terutamanya daripada aspek penyelidikan Sejarah kebudayaan dan antropologi.
 

07 Januari 2021, Muzium Perak,Taiping, Perak – Satu lawatan rasmi ke Muzium Perak, Taiping, Perak yang dianjurkan oleh…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Thursday, January 7, 2021
Kemaskini Terakhir : 7 / 02 / 2021 12:00 AM