Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Lawatan tapak bagi cadangan projek membina sistem perparitan di Kampung Orang Asli Lubuk Bandung

JASIN, 14 Disember 2020 – Satu lawatan tapak bagi cadangan projek membina sistem perparitan telah diadakan di Kampung Orang Asli Lubuk Bandung.
 
Lawatan ini dilakukan oleh Pegawai JPS Bahagian Rekabentuk dan Empangan Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur bagi mengenalpasti dan menyediakan spesifikasi dan lain-lain yang berkaitan.
 
Hadir sama dalam lawatan ini ADUN Rim, YB Datuk Wira Hj. Ghazale Muhammad, Pegawai JPS Daerah Jasin, Pegawai JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka dan Batin Kampung Orang Asli Lubuk Bandung.
 
Kredit – En. Azmi Sukene
Last Updated : 16 / 01 / 2021 12:00 AM