GOMBAK, 20 Mei 2022 – Satu lawatan tapak daripada Research Nexus UiTM (ReNeU), ke Muzium Orang Asli Gombak telah diadakan pada hari Jumaat, 20 Mei 2022. Lawatan yang dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Norol Hamiza Zamzuri, Timbalan Pengarah ReNeu UiTM (ReNeU), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bermula jam 9.30 pagi ini telah disertai 6 orang pensyarah daripada Entiti Kecemerlangan ReNeU (SCI).
Lawatan tapak ke Muzium Orang Asli Gombak yang bertujuan untuk penganjuran Festival Orang Asli pada masa akan datang ini dimulakan dengan sesi perbincangan bersama dan seterusnya sesi lawatan tapak. Program ini berakhir pada jam 11.30 pagi.