Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Lawatan Tapak Untuk Persediaan Penilaian Geopark Kebangsaan Bagi Projek Gombak-Hulu Langat Geopark ke Muzium Orang Asli Gombak

GOMBAK, 17 Mei 2022 – Satu lawatan tapak daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMALAYSIA), Tourism Selangor, JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dan Muzium ke Muzium Orang Asli Gombak telah diadakan pada hari Selasa, 17 Mei 2022. Program yang diadakan bermula jam 2.30 petang ini telah disertai lebih kurang 15 orang peserta.
 
Program lawatan tapak ke Muzium Orang Asli Gombak ini dimulakan dengan sesi perbincangan bersama semua pihak terlibat tentang persediaan penilaian Geopark Kebangsaan bagi projek Gombak-Hulu Langat Geopark. Seterusnya, program diteruskan dengan pembentangan mengenai Muzium Orang Asli Gombak dan aktiviti kebudayaan yang telah dijalankan. Program diteruskan dengan lawatan berpandu dan sesi bertukar-tukar pendapat dan idea. Program ini berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar sekitar jam 4.30 petang.
 
Last Updated : 19 / 06 / 2022 09:42 AM