Lawatan Timbalan Menteri I ke Kampung Batu 6, Jalan Pahang, Daerah Batang Padang, Perak

Timbalan Menteri I turut mengadakan Lawatan ke Kampung Batu 6, Jalan Pahang, Daerah Batang Padang, Perak yang kini dalam tindakan PKPD untuk mendengar taklimat mengenai situasi semasa di kawasan yang terlibat.
.
Sebagai rekod, JAKOA telah menyalurkan bantuan bakul makanan kepada 140 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Batu 6 pada 20 Januari 2021 sebagai bekalan makanan penduduk kampung sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.
.
JAKOA juga telah bersiap sedia dengan bantuan tambahan sekiranya tempoh PKPD dilanjutkan bagi memastikan masyarakat Orang Asli di kawasan terlibat mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
.
JAKOA menyarankan agar masyarakat Orang Asli di seluruh negara untuk menghubungi pejabat JAKOA Daerah dan Negeri yang berdekatan jika memerlukan bantuan kebajikan dan kesihatan.
 
@abdulrahmanp079 @jakoamalaysia
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 03 / 2021 12:00 AM