Lawatan YB Senator Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial) ke Bandar Muadzam Shah, Pahang

18.02.2020 – YB Senator Waytha Moorthy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial) telah mengadakan lawatan ke Bandar Muadzam Shah, Pahang untuk bertemu dan mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Orang Asli di sini.

Baru-baru ini media telah melaporkan bahawa masyarakat Orang Asli di sini tinggal dalam kawasan pelupusan sampah dan menjana pendapatan melalui hasil jualan sampah yang dikitar semula.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat daripada Pengarah JAKOA Negeri Pahang mengenai situasi sebenar yang berlaku. Seterusnya YB Menteri melawat kawasan pelupusan sampah berkenaan dan mengadakan sesi dialog dengan masyarakat Orang Asli terlibat di Kampung Bukit Biru bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik untuk isu ini.

Turut hadir dalam program lawatan ini ialah YB Young Syefura Othman (ADUN Ketari), Ketua Pengarah JAKOA Prof Dr. Juli Edo, Pegawai Daerah Kuala Rompin serta Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang, Sharudin Hamid.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2020 01:37 AM