Lindungi Diri, Lindungi Semua adalah Tema bagi Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan

Lindungi Diri, Lindungi Semua adalah Tema bagi Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan yang menekankan perlindungan kepada semua rakyat Malaysia hanya kan dapat dicapai jika kita dapat memvaksinkan seramai penduduk yang layak.
 
Apabila setiap individu menerima vaksin, mereka dapat melindungi orang sekeliling daripada sebarang jangkitan yang mungkin dibawa justeru itu kita dapat membina rangkaian perlindungan serta melindungi kumpulan yang tidak layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dan perempuan mengandung.
 
Melindungi orang yang tersayang bermula dengan anda melalui vaksinasi. Sekurang-kurangnya 70% populasi telah divaksinasi, kita akan dilindungi secara keseluruhan.
 
Seperti yang disebut, tidak ada antara kita yang selamat, sehingga semuanya selamat, perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita, oleh itu ambillah vaksin – Lindungi Diri, Lindungi Semua.

Lindungi Diri, Lindungi Semua adalah Tema bagi Program Imunisasi Covid-19 kebangsaan yang menekankan perlindungan kepada…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Thursday, March 11, 2021
Kemaskini Terakhir : 12 / 04 / 2021 12:00 AM