LIPUTAN FOTO SEKITAR MAJLIS KONVOKESYEN PROGRAM PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN KOMPETENSI TAHUN 2023

Pada 28 November 2023, YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah merasmikan Majlis Konvokesyen Program Pembangunan Kemahiran dan Kompetensi di Dewan Gemilang, INFRA Bangi, Selangor.
 
Majlis Konvokesyen Program Pembangunan Kemahiran dan Kompetensi Tahun 2023 yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf pelatih yang telah tamat kursus di Pusat Bertauliah Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
 
Majlis Konvokesyen Program Pembangunan Kemahiran dan Kompetensi Tahun 2023 ini mengiktiraf pelatih yang telah tamat kursus bagi empat (4) program iaitu:
 
1. Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Homestay Tahap 2 Secara Penuh Masa;
2. Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Homestay Tahap 2 Secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
3. Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Pegawai Latihan Vokasional (VTO) Tahap 3; dan
4. Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Fokus Masyarakat Orang Asli.
 
Majlis yang dijalankan secara berpusat ini diadakan sekali dalam tempoh setahun di mana penganjurannya hanya dilaksanakan oleh INFRA Ibu Pejabat.
Kumpulan sasar bagi program ini adalah daripada Masyarakat Orang Asli, Pengusaha Homestay serta kakitangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
 
Kemaskini Terakhir : 18 / 12 / 2023 05:52 PM