Majlis Amanat Ketua Pengarah JAKOA bersama warga JAKOA Pahang dan Sesi Penyampaian Dividen Peserta Ladang RTK KOA Sungai Mas Kuantan

10 Mac 2022, Kuantan – Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA telah menyampaikan amanat kepada 50 orang warga kerja JAKOA Pahang pada pagi ini yang bertempat di Dewan Orang Asli Sungai Mas Kuantan.
 
Didalam taklimat ini, yang berbahagia Ketua Pengarah mengucapkan penghargaan kepada semua kakitangan JAKOA Pahang yang pro aktif didalam memberi bantuan kepada masyarakat Orang Asli ketika banjir baru-baru ini. 
 
Beliau juga mengingatkan warga kerja JAKOA agar sentiasa bersedia memberi perkhidmatan ketika bencana alam berlaku seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
 
Beliau turut menyeru agar semua pegawai dan masyarakat Orang Asli untuk mengambil vaksin Serta memastikan peratusan warga Orang Asli yang mengambil vaksin meningkat dari semasa ke semasa sebelum menuju ke Fasa endamik.
 
Seterusnya Yang Berbahagia Ketua Pengarah telah menyampaikan Dividen kepada 117 Masyarakat Orang Asli KOA Sungai Mas dan penyampaian berbentuk simbolik Mock cheque bernilai Rm72,150.58 telah disampaikan kepada Batin KOA Sg. Mas, Encik Deli Rami Bin Lam.
 
Di dalam majlis yang sama, Ketua Pengarah juga menyatakan bahawa Pihak JAKOA akan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli melalui penjanaan pendapatan yang stabil dan tetap. 
 
Beliau juga menyeru agar belia Orang Asli untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh JAKOA bagi mengikuti kursus TVET (Pertanian & Perladangan).
 
Turut hadir serta pada program ini adalah Encik Johari Bin Alwi, Pengarah JAKOA Pahang.
 
Kemaskini Terakhir : 10 / 04 / 2022 12:00 AM