Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Orang Asli Negeri Perak Tahun 2019

Ipoh, 18 November 2019 – Jakoa Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Orang Asli Negeri Perak Tahun 2019. Majlis yang bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid, sekolah dan pemimpin kokurikulum yang cemerlang di peringkat negeri dan juga kebangsaan telah meraikan Seramai 293 orang murid serta guru.
Majlis pada hari ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Hj Isa b. Ab Hamid, Senator Yang Mewakili Masyarakat Orang Asli. Turut hadir memberi sokongan ialah Pengarah Jakoa Negeri Perak dan Kedah, Encik Harulnizam b. Abd Rahman, Encik Abdul Razak b. Mohd Yusof, Ketua Unit Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Pegawai-Pegawai Kanan Jakoa, Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia, Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Guru-Guru serta Ibu bapa pelajar yang turut hadir memberi sokongan bagi menjayakan majlis pada hari ini.

Foto: PRO JAKOA Perak

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 18 / 11 / 2019 07:29 AM