KUALA LUMPUR, 15 April – Seramai 85 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 13 orang pesara dan bakal pesara diraikan di sebuah majlis di Hotel Corus sebentar tadi.
Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor serta barisan pengurusan tertinggi JAKOA.
Persembahan kebudayaan daripada Bah Sali dan persembahan koir Voice of JAKOA turut menyerikan majlis kelolaan Seksyen Sumber Manusia yang diadakan bagi menghargai keringat yang dicurahkan pegawai dan staf JAKOA dalam berbakti kepada masyarakat Orang Asli.
Semoga penghargaan ini dapat membakar semangat warga JAKOA untuk melipatgandakan usaha bagi memberi perkhidmatan yang terbaik buat pemegang taruh jabatan.