Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (“APC”) JAKOA tahun 2020

Tahniah saya ucapkan kepada 84 orang pegawai dan kakitangan tetap dan kontrak JAKOA yang mendapat pengiktirafan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (“APC”) JAKOA tahun 2020 pada hari ini.
 
Selain mengiktiraf pegawai dan kakitangan yang masih berkhidmat, JAKOA turut meraikan 29 orang pesara JAKOA yang telah bersara pada tahun 2020 dan juga bakal pesara JAKOA tahun 2021 dengan menyampaikan Sijil Khidmat Bakti sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang masa dan tenaga demi pembangunan masyarakat orang Asli di seluruh negara.
 
Saya kongsikan beberapa baris lirik lagu rasmi JAKOA, “Tugas Mulia” yang menyentuh perasaan saya ketika majlis tadi:
 
“Gunung mana yang tak kami daki,
Sungai mana tak diharungi,
Demi Tugas sanggup hadapi,
Khidmat diberi taburkan bakti”
Tugas anda tugas mulia!
 
Terima kasih #JAKOA
Kemaskini Terakhir : 27 / 04 / 2021 02:08 PM