Majlis Ihya Ramadhan Bersama Masyarakat KOA Suak Padi, Bota, Perak

18 April – Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, telah turun padang menyantuni masyarakat Orang Asli di Mukim Bota, Perak untuk majlis berbuka puasa.
 
Dikesempatan itu, beliau juga telah beramah mesra dengan penduduk kampung yang hadir di majlis tersebut. Ketua Pengarah turut menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada penduduk kampung yang hadir, iaitu masing-masingnya terdiri dari Kampung Orang Asli Suak Padi, Kampung Tumboh Hangat, dan Kampung Gedong Batu.
 
Turut disampaikan adalah sumbangan kelengkapan surau daripada pihak Universiti Teknologi Petronas kepada Surau Kampung Orang Asli Suak Padi.
Lanjutan daripada itu, sempena bulan Ramadhan yang mulia, majlis juga turut diperdengarkan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadil Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, Imam daerah Seri Iskandar, Perak.
 
Pihak JAKOA Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Mohd Nizar bin Zakaria di atas keprihatinan beliau untuk sentiasa bersama masyarakat di sini sebagai tanda penghargaan dan sokongan.
 
Turut hadir ke majlis tersebut, Encik Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Encik Mohamad bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosio Ekonomi, Encik Mohd Hafiz bin Mat Samsuri, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Perak Tengah dan Hilir Perak, pihak Universiti Teknologi Petronas dan Ustazah Husna binti Wahab, Penggerak Masyarakat Orang Asli.

Kemaskini Terakhir : 20 / 05 / 2022 11:50 PM