Majlis Lawatan Kebajikan JAKOA ke Kem Batalion 3, PGA, Bidor, Perak

24.12.2020 – Majlis Lawatan Kebajikan JAKOA ke Kem Batalion 3, PGA, Bidor, Perak.
 
YBrs. Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr. Juli Edo hadir untuk bertemu dengan wira-wira negara iaitu balu kepada Mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, Sarjan Norihan Tari dan Lans Koperal Muhammad Amirul Amir yang terlibat dalam insiden tembakan di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis pada bulan November yang lalu. Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan penghargaan atas jasa mereka menjaga kedaulatan negara.
 
JAKOA turut berasa bangga atas keberanian anggota Senoi Praaq yang berkorban nyawa demi negara tercinta.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YDH Supt. Rosman bin Kasman, Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA serta Pengarah JAKOA Negeri Perak/Kedah En. Harulnizam Abd. Rahman dan Pengarah JAKOA Negeri Pahang, En. Johari Alwi.
 

24.12.2020 – Majlis Lawatan Kebajikan JAKOA ke Kem Batalion 3, PGA, Bidor, Perak. YBrs. Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr….

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Wednesday, December 23, 2020
Kemaskini Terakhir : 24 / 01 / 2021 12:00 AM