Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang

PUTRAJAYA, 30 Julai – Program Berjalan Teguh Bersama bersempena Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. Program pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
 
Program Berjalan Teguh Bersama sepanjang 2.7 km ini telah berlangsung dalam suasana penuh semangat patrotik serta warna warni dan dijangka seramai 15,000 orang peserta turut hadir sama bagi memeriahkan program.
 
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, YB Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Seri Mahzir Bin Khalid, bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa turut meluangkan masa di reruai JAKOA yang juga merupakan checkpoint pertama bagi meriahkan suasana.
 
Kemaskini Terakhir : 1 / 09 / 2022 03:16 PM