22 Ogos 2020, Bota Perak – Majlis Pembayaran Tunai Dividen di 3 buah Kampung Orang Asli.
Kampung Gedung Batu, Kampung Suak Padi dan Kampung Tumbuh Hangat, Bota Perak.
Sumber dividen tersebut adalah dari ladang yg dibangunkan secara komersial oleh JAKOA Negeri Perak turut dibantu oleh agensi pelaksana yg dilantik iaitu RISDA dan RISDA Plantation. Nilai dividen juga bergantung pada harga sawit dan juga pencapaian hasil dari Orang Asli.
Turut dihadiri oleh Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman. pengarah RISDA Negeri Perak Encik Mohamad Arif bin Ismail, Pengurus RPSB Wilayah Utara Encik Muhamad Najib bin Zainal Abidin.