Majlis Penutup kursus Penggunaan Racun Secara Berhemah Masyarakat Orang Asli bagi tahun 2020

13 Oktober 2020 (Selasa)- Majlis Penutup kursus Penggunaan Racun Secara Berhemah Masyarakat Orang Asli bagi tahun 2020 Anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu (JAKOA) melalui Unit Ekonomi Bahagian PSE.
Kursus ini telah memberikan manfaat kepada 50 peserta Orang Asli dari daerah Jeli dan Terengganu dimana mereka didedahkan dengan ilmu cara-cara atau kaedah penggunaan racun secara berhemah dan selamat yang lebih mendalam. Antaranya mereka telah diberikan penerangan berkaitan jenis-jenis racun dan kandungan bahan aktif, kaedah pelupusan bekas racun,perbezaan racun daftar dan racun haram,akta kawalan makhluk perosak serta latihan amali kaedah penyediaan racun dan kerja meracun untuk diguna pakai dalam industri pertanian.
Seminar yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah diisi dengan taklimat yang telah disampaikan oleh wakil Pegawai Jabatan Pertanian Negeri Pahang bertempat di Hotel Seri Malaysia Temerloh. Bagi memberi semangat kepada peserta dalam industri pertanian, mereka dibawa ke Projek Fertigrasi Sungai Bilut Raub yang diusahakan oleh En.Azmani Bin Nurdin.
Sesi penyerahan sijil kepada peserta telah disampaikan oleh Tuan Haji Shafie Bin Abas Pengarah JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu sekaligus menyempurnakan majlis penutupan program seminar ini.
Kemaskini Terakhir : 14 / 11 / 2020 12:01 AM