Majlis Penutup Kursus Quick Win-TVET In Situ

JEMPOL, 24 Julai 2022 – Majlis Penutup Kursus Quick Win-TVET In Situ (Kursus Kemahiran Di Dalam Kampung) Orang Asli telah disempurnakan oleh Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia.
 
Kursus Quick Win-TVET In Situ anjuran JAKOA dengan kerjasama Kolej Komuniti Jempol telah diadakan selama 2 hari (23 – 24 Julai 2022) yang menyediakan Kursus Asas Pendawaian Elektrik, Kursus Dandanan Diri dan Kursus Gubahan Bunga Orkid yang melibatkan 60 orang peserta.
 
Majlis diakhiri dengan menandatangani sijil kolaborasi strategik JAKOA dan Kolej Komuniti Jempol, penyampaian sijil kepada peserta kursus dan penyampaian cenderahati.
 
Kemaskini Terakhir : 24 / 08 / 2022 04:18 PM