MAJLIS PENUTUP KURSUS SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) OPERASI HOMESTAY SECARA PENGIKHTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) FOKUS ORANG ASLI TAHUN 2022
Tarikh:19 Ogos 2022 (Jumaat) | 21 Muharam 1444H
Masa:10.00 pagi
Tempat: Executive Lodge, INFRA
Kursus ini telah bermula dengan Siri 1 pada 18 Mei 2022 dan berakhir dengan Siri 5 pada 19 Ogos 2022. Seramai 30 orang pelatih dari 13 buah kampung atau POS yang mewakili 5 negeri telah terlibat dalam kursus ini.
Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk mewujudkan usahawan pelancongan luar bandar dan inap desa dari kalangan orang asli untuk berdikari dan mampu bergiat aktif dalam membangunkan kawasan desa. Selain itu, bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan perusahaan pelancongan dan inap desa yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan serta dapat memenuhi standard pengusaha penginapan.
Perasmian penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).