Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan MYDESA Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKKOA) Negeri Johor Tahun 2022

3 Mac 2022, Kluang – Majlis Penutupan Kursus Kepimpinan Mydesa Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKKOA) Negeri Johor Tahun 2022 telah diadakan di Pusat Latihan JAKOA Kluang, Johor sekitar jam 9.30 pagi.
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. 
 
Turut hadir di dalam majlis ini Ketua Setiausaha KPLB Dato’ Ramlan Bin Harun, Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah JAKOA (Pembangunan) serta Encik Faisal Bin Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor.
 
Seramai 54 orang JPKK Orang Asli yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha / Bendahari serta 46 orang Batin Orang Asli Negeri Johor yang hadir dalam kursus ini yang telah bermula pada 01 Mac 2022 dan akan berakhir pada hari ini (3 Mac 2022). 
 
Kehadiran ini terdiri daripada ke semua 5 Suku Kaum Orang Asli yang ada di Negeri Johor.
 
Kerajaan pada masa kini menerusi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan terus melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mengukuhkan peranan Tok Batin dan JPKKOA sebagai ejen pembangunan masyarakat Orang Asli luar bandar.
 
Justeru, matlamat utama yang ingin dicapai adalah untuk melahirkan Tok Batin dan JPKKOA yang lebih berinformasi, berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti tinggi.
 
Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2022 12:00 AM