Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAKOA Negeri Kelantan & Terengganu Bagi Tahun 2019.

26 Ogos 2020. Telah berlansung Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JAKOA bagi tahun 2019. Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan Oleh Ybrs. Prof. Dr. Juli Edo Ketua Pengarah JAKOA Malaysia.
Penyampaian sijil penghargaan kepada 8 orang penerima APC 2019 sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada anggota Perkhidmatan Awam yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang.
Majlis ini turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 32 orang pegawai sebagai tanda penghargaan JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu atas tugas pengagihan bakul makanan Covid-19.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC dan juga keseluruhan kakitangan JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu. Semoga ianya memberikan suntikan untuk anda semua terus bekerja dengan cemerlang.
Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Tuesday, August 25, 2020
Kemaskini Terakhir : 26 / 09 / 2020 12:00 AM