Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Kg. Bawong, Sg. Siput, Perak

9.11.2020 – Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Kg. Bawong, Sg. Siput, Perak oleh JKR kepada JAKOA telah berlangsung di Pejabat JKR Daerah Kuala Kangsar.
 
OAOSC yang akan menempatkan Pejabat Pentadbiran JAKOA, Kedai Usahawan Orang Asli, Pejabat Lembaga Koko, Dewan Serbaguna, Terminal Bas dan Teksi serta Pondok Polis bakal menjadi sebuah pusat komersial baharu bagi penduduk dan pengunjung di Sg. Siput, Perak khususnya kepada masyarakat Orang Asli untuk memperkenalkan budaya dan produk mereka.
 
Ketua Pengarah JAKOA, YBrs. Prof Dr. Juli Edo dalam ucapannya berharap agar OAOSC ini bakal menjadi sebuah pusat yang mengeratkan hubungan di antara masyarakat Orang Asli dan masyarakat lain yang tinggal di kawasan sekitar serta mampu meningkatkan aktiviti ekonomi buat mereka.
 

9.11.2020 – Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Bersepadu Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Kg. Bawong, Sg. Siput,…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Sunday, November 8, 2020
Kemaskini Terakhir : 9 / 12 / 2020 12:00 AM