Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kolej Komuniti Grik Dan Penyampaian Biasiswa

Gua Musang, 15 Oktober 2021 – Majlis penyerahan surat tawaran dan biasiswa kepada pelajar Orang Asli yang berjaya untuk melanjutkan pengajian mereka di Kolej Komuniti Gerik akan diadakan dengan kerjasama antara JAKOA dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.
 
Majlis disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah binti Yunus Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Turut hadir Tn. Haji Shafie bin Abas, Pengarah Negeri Kelantan dan Terengganu JAKOA serta Encik Johari bin Alwi, Pengarah Negeri Pahang dan Encik Azlan bin Mohamed, Pengarah Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan Orang Asli, JAKOA di atas usaha menganjurkan program yang julung kalinya diadakan di Pos Handrop ini.
 
Jalinan kerja sama antara pihak JAKOA dan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada belia-belia Orang Asli yang berkelayakan.
 
JAKOA menyeru kepada belia dan pelajar Orang Asli agar merebut segala peluang dan ruang yang telah disediakan pihak Kerajaan khusus buat masyarakat Orang Asli ini.
 
Justeru dapat melahirkan lebih ramai lagi golongan masyarakat Orang Asli yang profesional dalam pelbagai bidang pada masa hadapan.
 
Kemaskini Terakhir : 15 / 10 / 2021 08:32 AM