Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai KOA Tanah Gemboh

TANGKAK, 6 Mac – Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAKOA, Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap telah merasmikan Dewan Orang Ramai KOA Tanah Gemboh, sebentar tadi.
 
Dewan tersebut bakal memanfaatkan 451 penduduk daripada 85 buah keluarga dari etnik Temuan, terutamanya untuk majlis keraian ataupun mesyuarat jawatankuasa kampung.
 
Di dalam majlis tersebut, J.Mecdey bin Jengkeng yang kelihatan teruja, turut menerima kunci rumah beliau di bawah Program Bantuan Rumah Orang Asli (PBROA).
 
Penduduk yang hadir turut berpeluang menyertai enam kategori sukaneka seperti Sambutlah Kasih dan Kerusi Berirama yang telah diaturkan oleh PKOAD Tangkak/Muar.
 
Adab menghargai kedatangan tetamu turut terserlah dengan demontrasi memasak secara tradisional beberapa juadah seperti ayam di dalam buluh dan ubi kayu bakar.
 
Pihak Perkeso juga telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai inisiatif SPS Padanan Caruman dalam usaha memberi pelindungan kepada penduduk yang rata-rata bekerja sendiri.
 
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengarah JAKOA Johor, Tuan Faisal bin Long dan Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan Orang Asli, Encik Che Mohd Ridzuan bin Che Ali.
 
Kemaskini Terakhir : 6 / 04 / 2022 12:00 AM