Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli 2019, Dataran Pahlawan Melaka Megamall

4.10.2019 – Majlis Perasmian Karnival Usahawan Orang Asli 2019 telah dilaksanakan secara bersama oleh YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Negeri Melaka dan YB Senator Waytha Moorthy Ponnusamy, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Majlis perasmian ini juga turut memperkenalkan produk kosmetik pertama Orang Asli yang berasaskan madu kelulut dengan jenama Max Mri.

YAB Ketua Menteri mengucapkan penghargaan kepada JAKOA kerana telah memilih Negeri Melaka sebagai lokasi karnival pada tahun ini yang diadakan serentak dengan Tahun Melawat Melaka 2019.

Turut hadir adalah YB Senator Dato’ Isa Ab. Hamid, YB Senator Manolan Mohamad dan YB Ginie Lim Siew Lin (Exco Negeri Melaka).

#jakoamalaysia
#kuoa2019
#tugasmulia

Kemaskini Terakhir : 4 / 10 / 2019 06:50 AM