Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA Negeri Kelantan dan Terengganu Tahun 2022

BANGI, 20 Mei – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah menyempurnakan majlis perasmian Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA Negeri Kelantan dan Terengganu.
 
Seramai 44 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha 22 JPKKOA akan terlibat dengan kursus selama 3 hari 2 malam yang dikelolakan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta agar mereka berupaya memantapkan peranan JPKKOA di kampung masing-masing.
 
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah INFRA, Puan Noraina binti Masduki dan Timbalan Pengarah JAKOA Kelantan dan Terengganu, Puan Roslina binti Bun.
Kemaskini Terakhir : 21 / 06 / 2022 11:50 PM