Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA Negeri Pahang Siri 2/2022

BANGI, 14 Mei – Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad telah menyempurnakan perasmian Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA Negeri Pahang Siri 2/2022.
 
Kursus selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Institut Kemahiran Desa (INFRA) dan dihadiri oleh 60 orang peserta yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA dari negeri Pahang.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta agar mereka berupaya memantapkan peranan JPKKOA di kampung masing-masing.
 
Mengambil semangat bulan Syawal, 63 orang asnaf dari kalangan masyarakat Orang Asli telah diraikan di dalam majlis sambutan Aidilfitri yang turut diadakan di Dewan Gemilang, INFRA.
 
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor; Pengarah INFRA, Puan Noraina binti Masduki @ Abdul Hanan serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan jabatan.
 

Kemaskini Terakhir : 15 / 06 / 2022 11:50 PM