Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA Negeri Sembilan & Melaka Tahun 2022

BANGI, 29 Mei – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah menyempurnakan majlis perasmian Kursus Kepimpinan MyDesa JPKKOA Negeri Sembilan dan Melaka.
Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 23 Pengerusi dan 19 Setiausaha JPKKOA telah terlibat dengan kursus selama 3 hari 2 malam yang dikelolakan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta agar mereka berupaya memantapkan peranan JPKKOA di kampung masing-masing.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka, Puan Shahrani binti Idderis dan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Desa dan Pemerkasan Komuniti INFRA), Tuan Haji Abdul Rahim bin Omar Baki.

Kemaskini Terakhir : 30 / 06 / 2022 11:55 PM