Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Majlis Perasmian Kursus Ketrampilan dan Dandanan Diri Beliawanis Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu

21 Oktober 2020- Majlis Perasmian Kursus Ketrampilan dan Dandanan Diri Beliawanis Masyarakat Orang Asli Negeri Kelantan dan Terengganu dirasmikan oleh YBrs. Tn. Haji Shafie bin Abas Pengarah JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu.
Kursus ini dilaksanakan oleh Unit Usahawan, Bahagian Pembangunan Sosioekonomi JAKOA Negeri yang bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh, Kelantan yang bermula pada 20 hingga 22 Oktober 2020.
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada beliawanis berumur 16 tahun hingga 40 tahun menyertai kursus yang dianjurkan pada kali ini.
Last Updated : 22 / 11 / 2020 12:00 AM