Majlis Perasmian Program Ramah Mesra JAKOA Perak dan Kedah Bersama Anggota PGA Bn.3, Bidor

Bn.3,PGA Bidor, 19 Oktober 2019 – Majlis Perasmian Program Ramah Mesra Jakoa Perak dan Kedah Bersama Anggota PGA Bn.3, Bidor telah berlangsung dengan penuh kemeriahan sebentar tadi. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia.

Program yang bermatlamat untuk memupuk kerjasama dan mengeratkan silaturahim di antara pegawai serta anggota PGA serta menjadi platform pihak JAKOA beramah mesra dengan ahli keluarga PGA juga secara langsung dapat memastikan hasrat kerajaan untuk menyampaikan matlamat kepada golongan sasar dalam pelbagai sektor dapat dibuat secara menyeluruh.

Turut hadir memeriahkan majlis pada malam ini ialah YB Senator Dato’ Hj. Isa b. Ab Hamid, Ahli Dewan Negara yang mewakili Orang Asli, YDH Supt. Rosman b. Kasman, Pegawai Pemerintah Bn.3 PGA Bidor, Y. Brs. Encik Harulnizam b. Abd Rahman, Ketua Pengarah Jakoa Negeri Perak dan Kedah, YDH ACP Mohamed Rafiq b. Mohamed Mustafa, Timbalan Komander Briged Utara, PGA Ulu Kinta, YDH Supt. Wan Azharuddin b. Wan Ismail, Ketua Polis Daerah Tapah, YDH Supt. Khalid b. Saion, Pegawai Pemerintah Bn.18 PGA Pengkalan Hulu, Y. Brs. Cik Siti Kamariah bt. Kamaruddin, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Tapah & Muallim, wakil Pegawai Daerah Tapah serta pegawai-pegawai Jakoa Negeri dan juga Daerah.

Foto: PRO Jakoa Perak

#jabatanperdanamenteri
#jakoa
#jakoaperakkedah
#jakoabatangpadangmuallim
#pgabn3bidor
#programramahmesrajakoapga
#tugasmulia

Kemaskini Terakhir : 19 / 10 / 2019 04:17 AM