Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) 2024

PUTRAJAYA, 19 Julai 2024 – Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) adalah platform antara wakil masyarakat Orang Asli dan pihak berkepentingan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengemukakan pandangan mengenai pembangunan berkaitan masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia.
 
Mesyuarat hari ini adalah merupakan Mesyuarat Majlis yang ke-19 dan mesyuarat terakhir Majlis diadakan pada tahun 2022.
 
MaPOA merupakan platform dan forum wakil-wakil Orang Asli bersama pihak berkepentingan iaitu agensi pusat dan kerajaan negeri untuk memberi pandangan dan maklumbalas berkaitan dasar dan strategi pembangunan masyarakat Orang Asli.
 
Majlis di pengerusikan oleh YBhg. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Awang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan turut dihadiri wakil YAB Menteri Besar, Exco-Exco Negeri, wakil-wakil masyarakat Orang Asli terutama wakil dari 18 suku kaum Orang Asli dan pegawai-pegawai kanan agensi pusat serta kerajaan negeri ke mesyuarat ini.
Kemaskini Terakhir : 13 / 08 / 2024 03:32 PM