Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Tok-Tok Batin Negeri Perak Tahun 2020 di MH Hotel, Ipoh

29-30 Oktober 2020 – MH Hotel, Ipoh
Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Perak & Kedah telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Tok-Tok Batin Negeri Perak Tahun 2020.
Pengisian program kali ini adalah berbentuk majlis makan malam bersama pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada barisan EXCO kerajaan Negeri Perak bersama Tok-Tok Batin dari seluruh daerah Negeri Perak. Antara pengisian lain adalah penyerahan watikah pelantikan batin baru serta penyampaian sumbangan sempena kecemerlangan anak Orang Asli yang berjaya meraih pingat dan tempat dalam acara sukan sepak takraw dalam kejohanan SUKMA serta telah menjadi salah sorang pelajar yang bernaung di bawah Majlis Sukan Kebangsaan Malaysia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Zolkafly bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam yang mewakili YB Dato’ Haji Saarani bin Mohamad. Hadir sama YB Puan Salbiah bt Mohamed Ahli Dewan Undangan Negeri Temengor, YBhg Prof Dr Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman selaku Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah serta wakil-wakil EXCO kerajaan Negeri Perak.
Program diteruskan pada hari ini dengan slot taklimat PEKA B40 dan ceramah berkenaan Kesedaran Covid19 dan penerapan norma baharu dalam kehidupan yang telah disampaikan oleh YBrs Dr Hilmi bin Muhammad Hafni dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Selain itu, taklimat bersama YAYASAN Perak oleh Encik Ashraf bin Baharudin turut disampaikan berkenaan jenis-jenis bantuan yang boleh dipohon oleh anak-anak kelahiran Negeri Perak.
Kemaskini Terakhir : 30 / 11 / 2020 12:00 AM