MERSING , 17 Februari – Warga Kg Orang Asli Labong mendapat khabar gembira apabila YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar bersetuju untuk memberi peruntukan bagi penambahbaikkan serta pembinaan ameniti sosial kampung tersebut.
Majlis Ramah Mesra Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama Masyarakat Orang Asli Kg Labong tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Noor dan Pengarah JAKOA Johor, Encik Faisal bin Long.
YB Dato’ Seri turut berbesar hati merasmikan Dewan Orang Asli Kg Labong selain menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 124 Ketua Isi Rumah yang bakal memanfaatkan 473 penduduk kampung.