Mesyuarat Induk JAKOA/RISDA Bil. 1/2022

KUALA LUMPUR, 26 April – Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor telah mempengerusikan satu mesyuarat berkala di antara dua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
 
Di antara agenda mesyuarat ialah Projek Tanaman Semula Komersial (TSK) yang diuruskan oleh RISDA melalui anak syarikatnya, RISDA Plantation.
 
Pihak jabatan akan terus berganding bahu bersama agensi kerajaan yang lain demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli.
 
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif RISDA Plantation, Tuan Mohammad Arif bin Ismail, Pengarah Bahagian Tanam Semula dan Perladangan RISDA Plantation, Encik Ramlie bin Tumin serta barisan pengurusan JAKOA.
 
Kemaskini Terakhir : 26 / 05 / 2022 12:27 AM