Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) & Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

MESYUARAT JAWATANKUASA BERSAMA JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA (JPSM) & JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)
 
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Kemajuan ORang Asli Malaysia (JAKOA) telah dilaksanakan di Auditorium Chengal, Ibu Pejabat Jabtan Perhutanan Semenanjung Malaysa Kuala Lumpur.
 
Objektif mesyuarat ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan platform kerjasama antara JPSM dan JAKOA bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat Orang Asli dan pengurusan hutan. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan isu-isu semasa dan mengatur strategi bagi menangani masalah-masalah yang bersangkutan dengan masyarakat Orang Asli.
JAKOA & JPSM juga membincangkan pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) dan Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) selaras dengan dasar-dasar negara dan undang-undang lain yang berkaitan yang tertulis dan berkuatkuasa di Malaysia.
Melalui mesyuarat ini juga, kedua-dua agensi (JAKOA) & JPSM mencari titik persefahaman dan perkongsian maklumat bagi kepentingan masyarakat Orang Asli dan Pengurusan Hutan.
Turut hadir didalam mesyuarat ini adalah Ybhg, Dato Indera Mohd Ridza Bin Awang, Ketua Pengarah Perhutanan Malaysia, Ybhg, Puan Hajah Sapiah Binti Dato Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA, Pengarah-pengarah negeri Perhutanan Malaysia, Pengarah-pengarah negeri Jakoa serta Pengarah-pengarah dari Bahagian Pembangunan Sosioekonomi & Perancangan Penyelidikan.
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 10 / 2022 11:33 PM