Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.4/2019 di Ibu Pejabat JAKOA

12 Dis 2019, Ibu Pejabat JAKOA – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.4/2019 yang dipengerusikan oleh YBhg Prof Dr. Juli A/L Edo telah diadakan pada 12 Disember 2019. Manakala, pengerusi bagi wakil pekerja Puan Fairus Binti Yahaya telah membentangkan 33 usul bagi menambahbaik khidmat sokongan JAKOA bagi memastikan penyampaian perkhidmatan JAKOA kepada kumpulan sasar di tahap yang lebih cemerlang. Faedah yang diperolehi daripada MBJ ini adalah untuk mewujudkan hubungan dan sikap yang positif antara pihak pengurusan dan pihak pekerja, kepuasan hati, peningkatan daya pengeluaran, peningkatan kualiti kerja, penjimatan kos, kemajuan pekerja, sikap hormat menghormati, penyelesaian masalah, kesetiaan kepada organisasi, dan perpaduan di dalam organisasi.

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#mbjjakoa
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையை நாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 12 / 12 / 2019 07:12 AM