Mesyuarat Membincangkan Pembinaan Cyruff Court

Kuala Lumpur, 18 Oktober 2021 – Telah berlangsung Mesyuarat Bagi Membincangkan Pembinaan Cyruff Court Jabatan Kemajuan Orang Asli pada pagi ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Patawali Ibu Pejabat JAKOA pada jam 11.00 pagi.
 
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA. Mesyuarat dihadiri oleh wakil daripada UIAM dan Yayasan Hasanah iaitu :-
 
Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan – Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Jalinan Komuniti) UIAM
Dr. Mahyuddin Daud – Pengarah Pusat Pembangunan Sukan UIAM
En. Johan Ibrahim – UIAM
En. Hakimin Mohd Badrol Afandi – UIAM
Puan Sharifah Norjumiza – Yayasan Hasanah
En. Abdul Arrafiq Abdul Aziz – Yayasan Hasanah
Kemaskini Terakhir : 18 / 10 / 2021 09:45 AM