SEPANG, 19 Februari 2022 – JAKOA Daerah Sepang telah mengadakan Mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Kampung Orang Asli (KOA) Batu 28, Jenderam Hilir dan KOA Bukit Jenuk yang baru bagi tempoh dua (2) tahun.
Proses pelantikan JPKKOA yang baru telah dihadiri dan dipantau oleh En. Mohamed Rasaki bin Abdul Majid (Pegawai JAKOA Daerah Sepang (PKOAD)), Pn. Fauziah binti Omar (Ketua Unit PMK JAKOA Negeri Selangor & Wilayah Persekutuan) dan juga Tok Batin KOA Batu 28, Jenderam Hilir dan KOA Bukit Jenuk iaitu En. Ungau Bin Pah.
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baru JPKKOA KOA Batu 28, Jenderam Hilir dan KOA Bukit Jenuk. Semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan cemerlang.
Sumber : JAKOA Daerah Sepang