Mesyuarat Sesi Libat Urus Bagi Kebenaran Izin Lalu

IPOH, 11 April 2022 – Satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Haji Saarani bin Mohamad bagi membincangkan sesi libat urus bagi kebenaran izin lalu projek membina Jalan Perhubungan Desa (JPD) di KOA Bawong, Kuala Kangsar ke RPS Kemar, Hulu Perak, sepanjang 60KM.
 
Projek pembinaan jalan ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan aksesibiliti yang lebih baik dan selamat kepada seramai 943 Ketua Isi Rumah (KIR) yang melibatkan 4,600 Ahli Isi Rumah (AIR).
 
Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor menyatakan bahawa Jalan Perhubungan Desa yang bakal dibina ini mempunyai ciri-ciri keselamatan dan keselesaan dan bakal mengurangkan masa perjalanan sedia ada dari KOA Gentes ke RPS Kemar daripada 2 jam 30 minit kepada 1 jam ketika cuaca baik.
 
Disamping itu, pembinaan jalan ini bakal meningkatkan aksesibiliti dan taraf ekonomi penduduk Orang Asli dan secara tidak langsung taraf kesihatan dan pendidikan penduduk Orang Asli dapat dipertingkatkan.
 
Turut hadir serta di dalam mesyuarat ini adalah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Pengarah Perhutanan Negeri Perak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Pengarah JAKOA Negeri Perak, Pegawai Daerah Hulu Perak, Pegawai Daerah Kuala Kangsar.
Kemaskini Terakhir : 12 / 05 / 2022 12:00 AM