Misi bantuan pasca banjir dan sumbangan poly paip, alat kelengkapan penyambungan air dan sumbangan tenaga kerja

HULU LANGAT, 28 Disember 2021 – Misi bantuan pasca banjir dan sumbangan poly paip, alat kelengkapan penyambungan air dan sumbangan tenaga kerja untuk kerja-kerja pemasangan serta pembersihan kawasan Kampung Orang Asli Paya Lebar daripada agensi Jabatan Amal Negeri Selangor – Original, Jabatan Amal Malaysia Negeri Kedah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM yang diselaraskan oleh JAKOA Daerah Hulu Langat.
 
Penduduk KOA Paya Lebar bersama agensi yang terlibat sama-sama bergotong-royong bagi menjayakan misi ini. JAKOA merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi yang terlibat diatas keprihatinan membantu penduduk Orang Asli yang menjadi mangsa bencana banjir.
 
Turut bersama menjayakan misi, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, PKOAD Hulu Langat, Pn. Norazila Binti Zakaria dan Tok Batin KOA Paya Lebar En. Aning A/L Embong.
 
Sumber : JAKOA Daerah Hulu Langat.
 
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:16 AM