Misi evakuasi Pos Tohoi, pedalaman daerah Gua Musang, Kelantan

 

19 November 2021 – Seramai 21 orang ahli Pasukan Vaksinasi Jangkauan Luar Hospital Orang Asli, Gombak (HOAG) yang diketuai oleh pegawai perubatan , Dr Tan Chao Yik telah berjaya dibawa keluar dari Pos Tohoi, pedalaman daerah Gua Musang, Kelantan melalui penerbangan ihsan oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 
Evakuasi ini dilaksanakan kerana Pasukan Vaksinasi Jangkauan Luar HOAG telah terkandas perjalanan keluar akibat keruntuhan tebing beberapa buah jambatan di situ selain berlaku kenaikan paras air sungai yang tinggi dan deras serta merbahaya untuk dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.
 
Hospital Orang Asli, Gombak merakamkan jutaan terima kasih komuniti Orang Asli di Pos Simpor, Pos Tohoi, Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Pejabat Kesihatan Daerah Gua Musang, Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas kerjasama & bantuan yang diberikan bagi memastikan misi evakuasi ini berjalan lancar.
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 09:47 AM