Misi khas kali ke-2 JAKOA dengan kerjasama JBPM (Unit Udara) melibatkan 2 unit helikopter AW189 dan AW139

28 januari 2021.
 
Misi khas kali ke-2 JAKOA dengan kerjasama JBPM (Unit Udara) melibatkan 2 unit helikopter AW189 dan AW139 telah berjaya menghantar bantuan Bakul Makanan JAKOA kepada Masyarakat Orang Asli yang terputus jalan perhubungan di Pos Belatim melibatkan 108 set dan Pos Simpor 159 set.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada JBPM (Unit Udara), YB Mohd Shahbuddin Hashim (Adun Galas),YB Ab Aziz Yusoff (Adun Nenggiri) serta keseluruhan barisan kru dan urusetia yang terlibat dalam menjayakan misi ini.
 
Operasi kali ini bermula 27-28 januari 2021 meliputi kawasan penghantaran Pos Bihai, Pos Belatim dan Pos Simpor yang melibatkan 527 set bantuan bakul makanan JAKOA.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
 
Kemaskini Terakhir : 28 / 02 / 2021 12:00 AM